Thursday, January 21, 2010

PENANG SEPINTAS LALU....

FOTO; Pejabat CAP tidak jauh dari masjid Negeri Pulau Pinang
Foto: Atas feri















Kesempatan berada di Seberang Perai saya manfaatkan bertemu Cikgu MI di Penang. Alhamdulillah dapat duduk sebentar dan mendapat pesan-pesan serta tugasan yang mahu saya usahakan. Pertemuan ini perlu kepada aksi lanjut terutama bagi memantapkan lagi gerakerja di kalangan pelajar Islam yang berada di Malaysia yang telah pun diadakan pertemuan pada tahun lalu di RECSAM Penang. Tahun ini mungkin akan diulang lagi dan lebih bersifat perlaksanaan program yang lalu yang belum dapat dilaksanakan.

Isu pembelaan Palestin dan memboikot produk produk Israel seperti belum ada tindakan lanjutan yang lebih real. Apatah lagi dengan isu syarikat Israel mendapat projek dari kerajaan Malaysia sebanyak RM120 juta dan dengan berani membuka office mereka di Malaysia. Inilah realiti umat dan realiti betapa lemahnya pemimpin umat Islam. Sepertinya mereka telah menglembukan diri kepada Israel tanpa rasa bersalah. Nama syarikat yang telah mendapat kontrak tersebut terbongkar di media India dan sekarang sudah mula masuk ke media alternatif Malaysia.

Banyak isu lain tentang umat Islam sedunia yang harus ditangani secara smart dan bertahap sehingga isu bukan hanya tinggal isu tapi aksi real. Kelemahan umat patut direnung dengan sedalam-dalamnya dan mencari solusi kolektif dari seluruh elemen yang terlibat.


No comments:

Post a Comment