Wednesday, January 20, 2010

MALAM TERAKHIR DI BM..

Foto: Ahli usrah pekena capati selepas penjelasan. Patut dicontohi di taman-taman perumahan. Penduduk yang dulu jauh dari masjid sekarang sudah menghampiri masjid. Inilah keindahan dan keberkatan usrah.












Foto: Info singkat di depan ahli Usrah Pakatan Guar Perahu...Alhamdulillah mesej relawan telah disampaikan..Ust. Subki sedang membetulkan laptop dan sebelahnya adalah ust. Bakar (naqib pakatan usrah.). Semoga pakatan usrah mahu bekerjasama dengan pihak e-relawan!!










Foto: Pelajar IKBN perempuan yang ikut serta..













Foto: Taklimat di IKBN BM..














Foto: Pelajar IKBN sedang mengikuti taklimat relawan.













Bersama Ust. Subki ke IKBN di Mengkuang BM selepas maghrib sehingga jam 9.30 malam. Pelajar sabar menunggu sehingga 1 jam sudah amat bererti kerana menurut para ust dan warden, susah sekali mahu memastikan pelajar duduk diam mendengar ceramah. Alhamdulillah.
Sound sistem dari team relawan@kosuke juga memberi impak keberkesanannya. Ust Subky, Amer, Yusrizal dll memberi khidmat terbaik sehingga program berjalan lancar.

Selepas itu bergegas ke Guar Perahu mengikuti Usrah Pakatan. Alhamdulillah ahli usrah semakin bertambah dan ahli masyarakat sudah semakin menerima konsep usrah kata Ust Bakar yang merupakan naqib usrah.

Semoga BM dan sekitarnya akan terbentuk suasana baru dari segi perkembangan fahaman Islamnya. Amin.

Di waktu yang sama gesaan wajib dilakukan!!!

WEDNESDAY, JANUARY 20, 2010

ISRAEL DAN PENYOKONG ISRAEL WAJIB DIHALAU DARI BUMI MALAYSIA..!!

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

20 jan


Info dari Perak Express patut menjadi bahan pencetus kebangkitan umat menolak dan menghalau israel dari bumi tercinta ini. Mereka melakukan kedurjaan kepada umat Palestin sewajarnya tidak diberi ampun oleh ummat manusia selagi mereka melakukan hal tesebut di Palestin.

Amat memalukan sebuah regim 1 Malaysia jika benar info ini sanggup emnggadai maruah agama dan negara demi sebuah kemenangan. NGO Islam khasnya patut meneliti info ini dan sekiranya benar, maka demo bantahan secara besar-besaran patut dilakukan segera dengan mengundang semua pihak khasnya dari badan bukan kerajaan.



APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.
Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.
The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.
Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.
“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.
Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.
APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.
Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.
Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today.
I
I am the Resistance
2:44
I am a father
Like any other father
I am the mother
I seek justice for every one of my children
I am the refugee
I fight to return home
I am the hostage
I fight to be free
I am palestinian
I will not be the helpless victim
I will do whatever it takes for my right to live and dream
And just like me
You would fight for your
country
You would die for your freedom
and honor your heroes
You can call me names
But history knows
I am a hero
I am the resistance
I am Palestine

No comments:

Post a Comment