Thursday, March 4, 2010

"VIVA Palestin Akhir MAc 2010 bersama ERDOGAN".

Kepada sdr/sdri individu/ngo, kami dari MAPIM (majlis perundingan ngo-ngo Islam Malaysia) akan mengadakan taklimat "VIVA Palestin Akhir MAc 2010 bersama ERDOGAN".
Yang berminat sila hubungi kami kerana tempat terhad; Hp:0123333825 emel:mustm99@hotmail.com.
Kepada semua dijemput hadir ke majlis taklimat ini dan sila beri info kehadiran ke pihak panitia:

MAPIM (MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA)
Sekretariat: 33a, Akademi Pertubuhan Islam Perak, Jln. Ampang Baru 6A. 31400, Ipoh. Perak.
hp/sms: 019 2606278 atau 019 4220560 emel:erelawanjamaiy@gmail.com
blog:e-relawanmuslim.blogspot.com.
www.e-s2u.com



Kepada Yang berbahagia,

Yang Dipertua/ Presiden/Pengerusi
Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia

4 hb Mac 2010

Per; Jemputan ke Majlis Taklimat "Viva Palestin Mac-Apr 2010 bersama Erdogan"

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak MAPIM ingin menjemput tuan/sdr/sdri/datuk/tan sri untuk hadir ke majlis taklimat tersebut seperti di bawah:

Tarikh: 7hb Mac 2010

Jam: 2 ptg - 3.30 ptg.

Tempat: DEWAN MERANTI, PEJABAT MPP ZON 7, NO 19A, JLN CANGKUL, 19/3, SEK 19,
40,000 SHAH ALAM. SELANGOR DARUL EHSAN. (tidak jauh dari Hotel De Palma).

Agenda:
Ta'ruf ringkas dengan semua NGO atau wakil NGO yang hadir.
Penjelasan dari Wakil penganjur "Viva Palestin Mac - April 2010"
Perbincangan tentang perlaksanaan program bersama dari seluruh NGO di Malaysia.
Bersurai.
(Serahkan kenyataan media jika ada wakil media yang hadir).

Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memaklumkan nama dan bilangan yang dapat hadir ke majlis ini selewat-lewatnya pada 6 hb Mac (petang Sabtu) bagi urusan tempat dll.

Pertimbangan dan tindakan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang berkhidmat,

Hj. Azmi Abd Hamid
Setiausaha Agung MAPIM

sk:

Ust. Zulkifly Ibrahim
Pengerusi MAPIM


INSYA ALLAH KISPA Akan Melakukan Misi Kemanusiaan Menyalurkan Bantuan Untuk Rakyat Gaza bersama NGO Turki, NGO Malaysia dan NGO Lainnya, Berangkat April 2010

Thursday, February 25, 2010

Mengikuti ceramah dan dakwah Habib Riziq di Jakarta..

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Wednesday, February 24, 2010
Semalaman Mengikuti ceramah dan dakwah Habib Riziq di Jakarta..

25 Febr..

Setelah selesai program UJN di UI Jakarta, saya berpeluang bersama Cikgu Azmi dan rombongan Malaysia Thailand bersua muka dengan sebahagian pimpinan MPP PKS dan para ahli sokongan di bidang ekonomi PKS di bangunan baru mereka yang tersergam indah. Mabruk ..semoga bangunan baru ini menjadi penguat daya usaha merealisasikan program umat di Indonesia. Dengan beberapa sesi saling tukar maklumat dan idea, terasa bagitu besarnya amanah umat di pundak ini. Banyak lagi yang belum berjalan dan diselesaikan. Belum dan masih jauh perjalanan ini dirasakan setelah kami bersurai.

Selepas zohor rombongan terbahagi dua. Satu ke Tanah Abang bertemu dengan Ust. Ferry Noor yang merupakan ketua KISPA (salah sebuah ngo penggerak aktiviti kordinasi bantuan Palestin) di Jakarta. Rombongan kedua terus ke restoran untuk makan tengahari.

Kami tiba di pejabat KISPA sekitar jam 4 petang kerana jalan yang macet dan alamat yang tidak jelas. Alhamdulillah dengan pertemuan singkat tersebut kami dapat mengutip beberapa idea untuk menjayakan program viva Palestin dalam tempuh waktu terdekat kerana program itu dianjak ke depan pada akhir Mac 2010.

Alhamdulillah, program untuk berkunjung ke Islamic Qaddafi Centre ditangguhkan pada hari esuknya dan begitu juga pertemuan dengan Habib Riziq (Ketua FPI..Front Pembela Islam).

Seperti yang direncanakan setelah balik dari IQC di Sentul, saya dan Ust Ferry Noor terus ke rumah Habib. Sekitar jam 5 kami tiba dan dapat melihat ruang kamar yang di penuhi kitab-kitab serta ruang taman yang segar di depan sebuah rumah yang di diami oleh Habib dan keluarganya. Dari sms yang diterima, saya teruja dengan pelawaan Habib untuk membawa saya bersama melihat aktiviti dakwah yang beliau lakukan di sekitar Jakarta. Jadi semasa pertemuan ta'ruf awal, saya dapat menyerahkan sebuah cd dan buku panduan e-relawan sebagai cenderamata.

Sekitar jam 5.30 petang saya memilih untuk turut sama melihat aktiviti dakwah Habib dan menunda ke esuk paginya ke Bandung. Saya teringin sekali untuk memahami apakah bentuk dan sistem dakwah yang dilaksanakan beliau sejak beberapa tahun yang lampau. Saya dibawa bersama ke pentas utama dan diperkenalkan dengan tokoh utama dari para habaib. Setelah ketiga tempat undangan selesai kami balik ke rumah Habib dengan menyediakan kamar istimewa buat istirehat.

Sebelum memejamkan mata, ceramah, pesan dan hujah Habib berligar di kepala. Mungkin boleh menjadi bahan pemikiran kita bersama:

1. Masyarakat Indonesia umumnya masih menerima dan sangat menghormati institusi Habaib. Dibandingkan dengan Malaysia dan di beberapa negara lain rasanya Indonesia masih kuat mempertahankannya.

2. Ketokohan Habaib bagaikan sesuatu yang amat istimewa sehinggakan ianya melebihi dari struktur rasmi kenegaraan terutama dari segi adat istiadat dan upacara sambutan rasmi dalam Islam.

3. Karesmatik yang dibangun oleh para Habaib juga hebat kerana ianya dari keperibadian yang dibina turun temurun oleh sistem adat, keluarga dan Islam itu sendiri. Tidak mudah bagi seseorang untuk menirunya jika tidak dari root (akar tunjang) yang jelas.

4. Realiti medan dakwah di bumi Indonesia masih luas dan keberkesanannya sangat erat dengan pengaruh dari para Habaib. Jika Habibnya soleh maka umatnya akan mudah mengikutinya!!

Sepanjang malam bertemu dengan para jemaah di kota Jakarta dan para pendokong Habib, saya terasa amat bertuah kerana aura semangat dari Habib serta FPI meresap ke dalam jiwa. Dengan laungan takbir yang bermakna, laungan militan dan selogan jiwa yang tertidur pasti akan bangun menyatakan pendiriannya.. Cara ceramah, hujah dll juga merupakan faktur pembantu kenapa beliau berjaya menarik ramai anak muda bersama FPI. Hebat..Allahuakbar..

Saya hanya ingin menyatakan sementara bahawa..seribu Habib perlu dilahirkan agar lebih ramai lagi umat yang terbela...(foto menyusul..)

Posted by IKRAR -Ikatan Kebajikan Rakyat at Wednesday, February 24, 2010 0 comments Links to this post
Labels: Habib Riziq

Saturday, February 20, 2010

Kenyataan Media dari UJN..

Kenyataan Media dari UJN..



Sempat saya sampaikan dalam pertemuan "Unite The Ummah for Justice and Piece" dari 15 negara di Jakarta tentang ketidakadilan Malaysia dlm kes Anwar Ibrahim .Antara yg hadir adalah para peguam hak asasi manusia dari Asean, Africa, USA, UK, Turki dll. Semoga dunia sekali lagi tahu betapa buruknya regim tirani ini d...


Pada hari Sabtu- Minggu 20 – 21 Februari 2010 bertempat di Wisma Makara Universitas Indonesia, Depok, berlangsung Konferensi Internasional dari Universal Justice Network (UJN). Universal Justice Network (UJN) adalah suatu inisiatif internasional dari civil society dan organisasi non pemerintah di dunia dengan inisiator utamanya adalah Citizens International yang berdomisili di Penang, Malaysia, Islamic Human Rights Commission yang berdomisili di London, UK dan jejaring di Indonesia antara lain Pusat Advokasi Hukum dan HAM Indonesia (PAHAM) dan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH).
Konferensi internasional ini dihadiri oleh perwakilan dari 14 negara (UK, USA, Nigeria, South Africa, Iran, India, Srilanka, Malaysia, Thailand, Cambodia, Turkey, Lebanon, Lao PDR, dan Indonesia. Dari Indonesia, hadir 30 perwakilan dari PII, Al Aqsha Working Group (AWG), Jama’ah Muslimin, Persaudaraan Muslimah (SALIMAH), Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), Aliansi Selamatkan Anak Indonesia (ASA), Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU), SALAM UI, dan lain-lain.
Tokoh muslim internasional yang hadir pada konferensi ini antara lain :
1. Imam Ahmad Cassiem; Tokoh Islam dari Cape Town South Africa, pernah dipenjara selama tujuh tahun bersama-sama Nelson Mandela karena perjuangan menolak apartheid.
2. Massoud Shadjareh; Director Islamic Human Rights Commission (IHRC) London, UK.
3. Yasser Hammoud; perwakilan dari Hezbollah Lebanon.
4. Dr. Said Reza Ameli, Deputy Chancellor University of Tehran.
5. Imam Asi; Imam Islamic Center Washington DC
6. Imam Yaqub Zakzaky; Nigeria.
7. Dan lain-lain
Hasil dari konferensi ini antara lain :
1. Memberikan masukan kepada parlemen Indonesia,utamanya Komisi I DPR RI yang menangani masalah hubungan internasional dan pertahanan, supaya Indonesia mengambil peran yang lebih aktif dalam penyelesaian masalah dunia internasional, utamanya masalah Palestina (Partisipan UJN Conference telah bertemu langsung dengan Ketua Komisi I DPR Kemal Stamboel dan anggota Komisi I DPR Al Muzammil Yusuf).

2. Menetapkan sejumlah Rencana Aksi (Plan of Action) untuk men-support penyelesaian secara berkeadilan dan non violence terhadap kelompok-kelompok minoritas yang terzhalimi antara lain di : Amerika Serikat (minoritas muslim USA), South Africa, Nigeria, Cambodia, Palestina, Sudan (Darfur), Kashmir,Rohingya (Myanmar), Southern Thailand, Yaman, Somalia, Srilanka, Malaysia (Kass Anwar Ibrahim dan Internal Security Act), Southern Philippines/ Mindanao, Xinjiang (China), Lebanon, Turkey, dan juga di Indonesia (syariah Islam di Nanggroe Aceh Darussalam).

3. Membuat petisi dan mendesak US President Barrack Obama untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam penyelesaian masalah Palestina dan masalah-masalah kelompok tertindas lainnya di belahan dunia. Untuk menekankan penyelesaian lebih banyak pada aksi, bukan hanya wacana dan diskusi belaka. Juga, supaya USA menjadi bagian dari penyelesaian masalah, bukan bagian dari persoalan.

4. Menetapkan UJN Regional Secretariat untuk isu-isu Asia Tenggara di Jakarta (PAHAM), di Bangkok (SHURA) untuk isu-isu Indo China (Mekong River States).

5. Menggalang kerjasama yang lebih aktif antar sesama jejaring Universal Justice Network (UJN) dan juga dengan semua pihak yang berhubungan, khususnya untuk advokasi kelompok-kelompok minoritas tertindas di dunia internasional, training dan capacity building, serta bantuan sosial dan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang terzhalimi.

Depok, 21 Februari 2010
Contact Person :
Heru Susetyo (08159200011)
Taufik R. Wijaya (081546148622)
Fitria (08158127278)

Wednesday, February 17, 2010

TAMU DARI HAMAS DAN KISPA...

Mengenal Jama’iy

Rabu, 17/02/2010 00:43 WIB | email | cetak | share

Pada pekan yang lalu, tepatnya dari Sabtu hingga Selasa (6-9 Februari 2010), kami berkesempatan berkunjung ke negeri jiran, Malaysia.

Kunjungan yang dilakukan dalam rangka melanjutkan silaturrahim dan memperkokoh ukhuwah Islamiyah dengan para aktifis “Peduli Palestina” yang pernah bertemu di Kairo saat membawa bantuan untuk rakyat Gaza setahun yang lalu, dan perjumpaan pada acara konferensi pembelaan terhadap masjid al Aqsha dan Palestina, di berbagai negara.

Dari rangkaian acara di negeri jiran, selain mengunjungi Surau Platinum, Al Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Selangor, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Putra Jaya, Wilayah Persekutuan, kami berkesempatan juga mengunjungi Ipoh, Perak.

Di Ipoh, Perak, kami berkunjung dan bersilaturrahim dengan jama’ah Surau Nurul Islamiyah, Taman Meru 2 C, Jelapang Ipoh, dan jama’ah Masjid Ridzwaniah, Kuala Langsar.

Masih di Ipoh, Perak, kami bersilaturrahim dengan pengurus Jama’iy di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak (Jam’iyah), mereka adalah Dato Sheikh Mohamad Nor Mansor Al Hafiz (Ketua Majelis Syuro Jama’iy), Dr. Khairuddin Dato Abdul Malek (Pengerusi Jama’iy) dan anggota yang lainnya.

Dalam acara silaturrahim dengan pengurus Jama’iy, kami mendapatkan keterangan apa itu Jama’iy? Dan kiprahnya ditengah masyarakat Perak, Malaysia dan umat Islam pada umumnya, serta pembelaannya terhadap bangsa Palestina.

Pada hari Kamis, 6 Rabi’ul Akhir 1427 H bertepatan dengan 4 Mei 2006 di Dewan Mesyuarat Masjid Sultan Idris Shah 11 – Masjid Negeri Ipoh berdirilah sebuah Sekretariat Jaringan Mufakat Pertubohan pertubohan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan dengan nama singkatan JAMA’IY. JAMA’IY SINONIM DENGAN SATU isu besar yang melanda Malaysia saat itu yaitu ORANG MELAYU MURTAD.

Organisasi yang tergabung dalam Jama’iy adalah: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak, Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) Perak, Jemaah Islah Malaysia (JIM) Perak, Institut Masyarakat Madani (IMAD), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Perak, Persatuan Pegawai-pegawai Agama (PPUP) Perak, Persatuan Pegawai-pegawai Masjid Perak, Persatuan Penulis dan Peminat Sastera (PENTAS) Perak, Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Abdul Rahman Auf, Pimpin Peradaban Ihsan (PIMPIN), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Ipoh, Persatuan Naib-naib Kadi Perak, Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak, Perak Islamic Understanding Centre (PIUC), Ikatan Kebajikan Rakyat (IKRAR).

Salah satu agenda utama Jama’iy pada tahun 2009 adalah mengkampanyekan Islam Kaffah ke seluruh Malaysia dan e-relawan adalah manifestasi dari kampenye ini. Seluruh anggota gabungan Jama’iy sepakat dengan terbentuknya e-relawan berpusat di Perak dengan slogan UMMATUNA MAS’ULIATUNA (Umat Kami adalah Tanggung Jawab Kami).

E-relawan diwujudkan bagi melatih anak-anak muda dan golongan dewasa dalam gerak kerja amal di dalam negeri dan di luar negeri. Terutama ketika terjadi bencana alam yang dahsyat seperti di Aceh, Jogjakarta dan Padang. Bencana kemanusiaan di Palestina, Rohingya, Patani, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Afrika dll.

Amalan harian bagi semua e-relawan adalah membaca Al Qur’an minimal satu halaman , membaca zikir Al Ma’tsurat minimal 1 kali, bangun awal waktu dan shalat subuh berjama’ah di masjid, membaca buku dasar-dasar Islam minimal selama l0 menit.

Program pekanan diantaranya adalah kajian buku atau kitab-kitab utama, misalnya, Fiqh Dakwah, Mustafa Masyhur, Fizhilalil Qur’an, Sayid Qutb, Ma’alim Fi Thariq, Sayid Qutb, Fiqh Sirah, Ramadhan Al Buthi, Hadits Arbain, Fiqh Aulawiyat, DR. Yusuf Al Qaradhawi.

Akhir kunjungan kami, sebagai jalinan silaturrahim dan ungkapan persaudaraan Islam, kami memberi “buah tangan” / kenang-kenangan berupa kalender KISPA 1431 H/ 2010 M yang bertemakan: “MASJID AL AQSHA AKAN DIGANTI KUIL YAHUDI?”, kepada pengurus masjid dan surau serta tokoh masyarakat, besar harapan dengan melihat foto-foto eksklusif bukti nyata dari niat jahat Zionis Israel yang akan menghancurkan masjid al Aqsha dengan kuil Yahudi akan dapat menyatukan fikrah dan berlanjut dengan harakah yang mendapat curahan berkah.

Ibrahim dari bengkulu, beli kerang untuk keluarga,
Silaturrahim memang perlu, bagi orang yang ingin ke surga.

Ferry Nur, ketua KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina)
Email: ferryn2006@yahoo.co.id

KENAPA KITA BIARKAN NASIB UMAT DI SELATAN THAI..?

Sebelum berangkat ke Shah Alam pada 10 Febr sempat chatting dan berbincang secara online dengan Ust Din tentang cadangan ke Yala. Tapi oleh kerana ada beberapa hal yang lebih utama di Shah Alam maka saya terpaksa tangguhkan dahulu pemergian ke Yala. Ketika saya tiba di Sg Petani, ust Din sudah berangkat ke Yala dengan keluarganya. Saya dirai oleh anak-anak Ust Din sambil berbincang dengan mereka. Semoga mereka menjadi pelapis terbaik untuk ayah mereka. Saya senang melihat mereka begitu disiplin dengan kerja ayah mereka sebagai relawan. Amin ya Allah, Kau bantulah keluarga ini!!

Saya terpaksa tangguhkan dahulu untuk ke Yala dan malamnya saya ke rumah Cikgu Mi di Merbuk kerana ada beberapa hal yang perlu diputuskan untuk mesyuarat Hak Asasi Manusia di Jakarta pada 19 hingga 21 Febr ini.

Pagi tadi Ust Din chatting lagi dan saya minta hasil usaha pertemuan beliau di Yala. Saya amat gusar dan kecewa sekali mendengarnya. Dan terus bertanya kenapa umat Islam Malaysia masih berdiam diri ketika tahu saudara mereka ditindas dan dibunuh di Selatan Thai..??

Rabu, 2010 Februari 17

MANGSA PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

Ramai orang lelaki keluar dari kampung terlalu takut dengan
ugutan tentera hingga nak uruskan pengkebumian mayat pun
terpaksa dilakukan oleh orang perempuan

Urusan pengkembumian

sudah tidak ramai lagi orang lelaki berani tinggal di kampung
mayat juga terpaksa dikendalikan oleh orang perempuan

kumpulan sukarelawa HAP sedang mengendalikan mayat
Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP)


sukarelawan muslimat HAP

sebelah kiri anak Bardatee berusia 3 tahun dan sebelah kanan
berusia 14 bulan .. anak yatim ini kehilangan ayah dan ibu
serta nenek

anak Bardatee dipangkuan nenek kepada Bardatee


NARATHIWAT – Kesedihan menyelubungi keluarga si mati ketika mayat 2 beranak dibawa ke kuburan. Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan perempuannya Bardatee Laboor (25 tahun). Sebelum ini suami Bardatee Laboor bernama Zulkifli telah mati ditembak pada 25 Ramadhan 1430. Anak kecil yang menagis berada dipangkuan nenek Bardatee, ibu kepada Che’ Max, berusia 3 tahun dan seorang lagi anak Bardatee berusia 14 bulan tidak kelihatan.


Keluarga miskin ini bergantung sepenuhnya rezeki mereka dengan menoreh (motong) getah, maka pihak yang tidak bertanggungjawab pula memperlakukan kepada mereka lebih dari binatang. Apa yang mereka mahu selama ini dengan melayan secara ganas terhadap bangsa patani yang hidup di atas bumi mereka sendiri secara sah. Takdir telah berlaku dengan kekalahan negara Patani Darussalam dengan tentera siam dan akhirnya patani dijajah.


Oleh itu, saya menyeru kepada semua umat Islam di negara malaysia, hulurkanlah bantuan kepada ribuan janda-janda, anak-anak yatim dan fakir miskin yang sentiasa diganggu serta diugut supaya tidak turun menoreh getah. Kita banyak menghantar bantuan ke Palastin tetapi kita lupa manusia sebangsa dan seagama dengan kita berada di sebelah kita serta bersempadan dengan kita. Alhamdulillah, kegigihan kumpulan sukarelawan Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), sentiasa turun menguruskan bantuan kepada mangsa-mangsa pembunuhan.


Read More...

PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

Sukarelawan HAP sedang membantu pengurusan mayat

Presiden HAP Chu Ya sedang membantu keluarga si mati

Begitu gigih sukarelawan HAP membantu pengurusan mayat

Kumpulan muslimat HAP turun padang jumpa keluarga si mati

Ibu yang kena tembak

Anak yang kena tembak


NARATHIWAT - Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah. Ibu tersebut bernama Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand, di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.


Tenaga kerja Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), telah mengunjungi jenzah para suhadaa’ tersebut serta melaksanakan pengkebumian sebagai orang mati syahid. Terlalu banyak orang-orang kampung yang tidak berdosa telah dibunuh dan diuggut oleh pehak tentera supaya tidak keluar bekerja di ladang getah. Mereka terpaksa keluar bekerja untuk mendapatkan rezeki untuk hidup.


Read More...

Selasa, 2010 Februari 16

LAWATAN KE MAAHAD IRSYAD LIL BANAT YALA


Asti Toba (Aktivis Landas) sedang memberikan ceramah motivasi spelajar Maad Lil Banat, sempena sambutan Maulidur Rasul pada 14 Februari 2010



Sebelah kanan Asti Toba (Aktivis Landas) dan sebelah kiri Hajah Wan Fatimah Haji Madiah (guru Maahad Lil Banat), johan tilawah al-Quran (perempuan) peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 2009.


Sebelah kiri Ustaz Haji Ibrahim Harun (guru Maahad Lil Banat) juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 1993 dan sebelah kanan Ustaz Solleh Wanding Timbalan Mudir Maahd Irsyad Lil Banat Yala


Read More...

معهد ارشاد للبنات

ASTI TOBA UUM (AKTIVIS LANDAS)


Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


YALA – Semasa saya mengunjungi Maahad Irsyad Lil Banat Yala bersama aktivis LANDAS tanggal 14 Februari 2010, saya telah diberitahu oleh Timbalan Mudir Ustaz Solleh Wanding, dalam beberapa tahun yang lalu ada rombongan ahli politik dari Perak berjawatan YB. Ketika itu semasa pemerintahan Pak Lah, kerajaan malaysia belum lagi mempopularkan cogankata CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Semasa lawatan tersebut pihak sekolah telahpun menggunakan cogankata mereka sendiri dan dipamerkan di Bangunan Sekolah “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


Semasa rombongan tersebut melawat Maahad, pihak sekolah telah 5 tahun menggunakan cogankata tersebut. Rombongan dari malaysia ada menyebut yang mereka tertarik dengan cogankata tersebut. Selepas mereka pulang ke Malaysia, Pak Lah mempopularkan cogankata “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”.


Saya juga tertarik dengan cogankata tersebut dan pihak LANDAS akan mempopularkan sepenuhnya cogankata tersebut tanpa pengubahsuaiannya. Kerana disiplin mereka tinggi lantaran mereka berjaya bagunkan sebuah sekolah rakyat, gaji guru yang rendah, maka mereka sanggup berkorban sehingga nama sekolah mereka terjulang. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Maahad terdiri daripada bekas pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke keluar negara.


Akhlak pelajar dan guru masih dapat dipertahankan, maka sekolah dapat meneruskan visi dan misi Maahad untuk melatih pelajar, dalam masa yang sama guru menjadi ikutan contoh yang terbaik melaksanakan ibadah yang sangat terbilang. Akhirnya kecemerlangan pelajar dapat kembali menjadi tenga guru untuk membantu Maahad, walaupun gaji mereka tidak seberapa berbanding dengan guru-guru yang mengajar di sekolah kerajaan siam.


Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan seorang Ustaz Maahad Lil Banat yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran (lelaki) peringkat antarabangsa di malaysia pada tahun 1993 dan juga sempat berbual dengan Ustazah Fatimah yang mengajar di Maahad tersebut dan juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran (perempuan) peringakat antarabangsa di malaysia tahun 2009.


Sepatutnya pelawat-pelawat yang mengunjungi Maahad ini mengambil ‘ibrah untuk dibawa balik bertujuan membina kekuatan kita sebagai murabbi dan menjadikan sekolah kita di malaysia “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”. Aktivis LANDAS akan sering mengunjungi Maahad tersebut dan menawarkan sukarelawan UNGGAS @ LANDAS di kalangan pelajar universiti untuk membuat praktikal membantu mengajar bahasa melayu.


Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


Read More...

Program di Pusat Pendidikan Wilayah Selatan di Yala

Bersemangat walaupun mereka kehilangan suami dibunuh
atau ditangkap atau dihilangkan oleh pihak tentera. Kesedihan
terubat apabila bersama rakan-rakan lain yang senasib dengan
mereka .. sabar dan banyak berdoa supaya datang pertolongan
Allah akan musibah yang menimpa ini


Read More...

Artikel

YALA - Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace) telah menganjurkan “Seminar Pengupayaan Kaum Ibu: Mangsa musibah ketidakadilan Bagi Kedamaian Selatan Thailand”. Program berlansung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 februari bertempat di Education Center of South Thailand.


Objektif program ini adalah memberi ‘empowerment’ kepada kaum ibu yang menjadi mangsa ketidakadilan. Deep Peace berjaya mengumpul seramai 50 orang kaum ibu mewakili 4 wilayah yakni Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Kejayaan Deep Peace mengumpulkan peserta seramai ini adalah hasil daripada usaha mereka sebelum ini dengan turun ke setiap wilayah untuk menziarahi setiap mangsa di rumah mereka. Daripada itu, AJK Deep Peace memberi kesedaran akan kepentingan kaum ibu ini memahami hak mereka sebagai rakyat Thailand dan bagaimana cara berhadapan dengan masalah.


Program ini adalah siri kedua selepas berjaya menganjurkannya pada ogos tahun lepas di Pattani. Menurut pengerusi Deep Peace Saudari Huda Long Dewa, program ini sangat membantu kaum ibu untuk lebih berani dan tahu hak-hak mereka dari segi undang-undang. Lawatan yang dilakukan oleh Deep Peace selepas program siri pertama ke rumah mangsa mendapati, kaum ibu ini sudah tidak khuatir dengan kehadiran pihak tentera yang cuba mengugut mereka.


Selain itu, kejayaan Deep Peace juga adalah menjadi ‘Educator’ kepada kaum ibu dari sudut ekonomi mereka. Pada siri yang lepas, kaum ibu yang menyertai program Deep Peace mampu menjana ekonomi mereka dengan cara menghasilkan kerepek pisang dan di pasarkan di beberapa wilayah terdekat.


Jelas disini bahawa golongan pemudi seperti AJK Deep Peace begitu konsisiten untuk membantu kaum ibu (wanita) dari aspek sosial dan ekonomi. Deep Peace juga telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain seperti Persatuan Mahasiswa Sempadan Selatan Thai (SFST), Intelect Southern Thailand (INSOUTH), dan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP). Semoga gerakan ini akan terus komited dengan tugas mereka dan masyarakat di Malaysia boleh mengubah paradigma mengenai konflik di Wilayah Pattani.


Ibu-ibu yang menjadi mangsa konflik pergolakan di Selatan Thailand menluahkan isi hati mereka dan pengalaman pahit yang mereka lalui selama ini. Ada suami dan anak mati dibedil (tembak), anak perempuan dirogol dan dibunuh, suami diambil tentera semasa Solat Maghrib, hampir satu tahun tidak dapat maklumat suami hidup atau mati, pihak tentera pula mengatakan mereka tak tahu kemana suaminya berada dan tentera mengatakan tidak ada dalam tahanan mereka, ramai suami mereka ditahan pihak tentera bertahun-tahun lamanya, isteri-isteri sentiasa diugut, diganggu semasa mereka keluar kerja menoreh getah, macam-macam ugutan dan gangguan-gangguan oleh pehak tentera.


Semasa maklumat ini sedang saya tulis telah berlaku pembunuhan dua beranak sedang menoreh getah disebuah kampung di Narathiwat. Perempuan tersebut berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 25 tahun, mereka berdua ditembak jam 7.00 pagi waktu Thai, pada 15.03. Tahun 2009, suaminya mati, telah dibedil (tembak) oleh sekumpulan bersenjata M16. Manakala jam 5.00 petang waktu Thailand oleh lelaki telah ditembak mati dalam kampung yang sama.

Read More...

Isnin, 2010 Februari 15

Program Ibu/Isteri Mangsa Pembunuhan di Selatan Thai


Gambar kenang-kenagan Puan Amani Toiyib bersama suaminya Azmi Abdul Rahman sebelum ditangkap pada 10/03/2009 semasa Solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau, Narathiwat



Puan Amani Toyib (30 tahun) sedang menceritakan penderitaan yang dihadapinya di Pejabat South Women Network for Peace (Deep Peace). Pada 10/03/2009, semasa solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau Narathiwat, suaminya bernama Azmi Abdul Rahman (36 tahun), telah ditangkap oleh 4 orang anggota tentera. Sehingga hari ini beliau tidak ada sebarang maklumat tentang suaminya, entah hidup atau mati, pihak tentera mengatakan suaminya tidak ada dalam tahanan tentera, walaupun pihak tentera yang menangkapnya, beliau masih teringat macamna kehilangan seorang peguam muslim, Somchai (Abu Bakar), sehingga hari ini masih tidak mendapat apa-apa maklumat kehilangannya ketikas pihak polis menggambilnya. Suaminya bertugas sebagai ketua kampung dan sebelum suaminya diambil oleh pihak tentera, macam-macam ugutan pernah dilakukan. Puan Amani terpaksa mencari nafqah sendiri untuk menyara hidup dua anaknya bernama Hafizah (7 tahun) dan Hafizi (5 tahun). Apa yang berlaku terhadap keluarga Amani ini, sama juga berlaku terhadap lain-lain keluarga melayu Islam. Pihak tentera tangkap dan lepas itu tidak mengaku pula.


Read More...

Sabtu, 2010 Februari 13

Ziarah Da'wah

Bersama juruteknik bertugas Nibung Yala FM 107.50
semasa saya keudara secara Live selama 1 jam



Berada di pejabat Young Muslim Association Of Thailand (YMAT) bersama Saudara Rosidee Pengurus Projek Youth and PHA friendly sevice YPFS, Cikgu Nasir, Zakaria (Ketua HAP) dan Ismail (AJK HAP)



Bicara Ilmu dan fokus isu-isu semasa secara live selama satu jam di Nibung Radio FM 107.50, bersama Ustaz Kamaruddin Kassim, Koodinator UNGGAS & LANDAS. Kedai Lama, Yala, Thailand pada 12 Februari 2010.




Program anjuran Deep Peace selama 4 hari untuk ibu-ibu yang kehilangan suami dan anak-anak di Education Center Of Yala For Empower Women at South Thailand