Wednesday, February 17, 2010

KENAPA KITA BIARKAN NASIB UMAT DI SELATAN THAI..?

Sebelum berangkat ke Shah Alam pada 10 Febr sempat chatting dan berbincang secara online dengan Ust Din tentang cadangan ke Yala. Tapi oleh kerana ada beberapa hal yang lebih utama di Shah Alam maka saya terpaksa tangguhkan dahulu pemergian ke Yala. Ketika saya tiba di Sg Petani, ust Din sudah berangkat ke Yala dengan keluarganya. Saya dirai oleh anak-anak Ust Din sambil berbincang dengan mereka. Semoga mereka menjadi pelapis terbaik untuk ayah mereka. Saya senang melihat mereka begitu disiplin dengan kerja ayah mereka sebagai relawan. Amin ya Allah, Kau bantulah keluarga ini!!

Saya terpaksa tangguhkan dahulu untuk ke Yala dan malamnya saya ke rumah Cikgu Mi di Merbuk kerana ada beberapa hal yang perlu diputuskan untuk mesyuarat Hak Asasi Manusia di Jakarta pada 19 hingga 21 Febr ini.

Pagi tadi Ust Din chatting lagi dan saya minta hasil usaha pertemuan beliau di Yala. Saya amat gusar dan kecewa sekali mendengarnya. Dan terus bertanya kenapa umat Islam Malaysia masih berdiam diri ketika tahu saudara mereka ditindas dan dibunuh di Selatan Thai..??

Rabu, 2010 Februari 17

MANGSA PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

Ramai orang lelaki keluar dari kampung terlalu takut dengan
ugutan tentera hingga nak uruskan pengkebumian mayat pun
terpaksa dilakukan oleh orang perempuan

Urusan pengkembumian

sudah tidak ramai lagi orang lelaki berani tinggal di kampung
mayat juga terpaksa dikendalikan oleh orang perempuan

kumpulan sukarelawa HAP sedang mengendalikan mayat
Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP)


sukarelawan muslimat HAP

sebelah kiri anak Bardatee berusia 3 tahun dan sebelah kanan
berusia 14 bulan .. anak yatim ini kehilangan ayah dan ibu
serta nenek

anak Bardatee dipangkuan nenek kepada Bardatee


NARATHIWAT – Kesedihan menyelubungi keluarga si mati ketika mayat 2 beranak dibawa ke kuburan. Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan perempuannya Bardatee Laboor (25 tahun). Sebelum ini suami Bardatee Laboor bernama Zulkifli telah mati ditembak pada 25 Ramadhan 1430. Anak kecil yang menagis berada dipangkuan nenek Bardatee, ibu kepada Che’ Max, berusia 3 tahun dan seorang lagi anak Bardatee berusia 14 bulan tidak kelihatan.


Keluarga miskin ini bergantung sepenuhnya rezeki mereka dengan menoreh (motong) getah, maka pihak yang tidak bertanggungjawab pula memperlakukan kepada mereka lebih dari binatang. Apa yang mereka mahu selama ini dengan melayan secara ganas terhadap bangsa patani yang hidup di atas bumi mereka sendiri secara sah. Takdir telah berlaku dengan kekalahan negara Patani Darussalam dengan tentera siam dan akhirnya patani dijajah.


Oleh itu, saya menyeru kepada semua umat Islam di negara malaysia, hulurkanlah bantuan kepada ribuan janda-janda, anak-anak yatim dan fakir miskin yang sentiasa diganggu serta diugut supaya tidak turun menoreh getah. Kita banyak menghantar bantuan ke Palastin tetapi kita lupa manusia sebangsa dan seagama dengan kita berada di sebelah kita serta bersempadan dengan kita. Alhamdulillah, kegigihan kumpulan sukarelawan Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), sentiasa turun menguruskan bantuan kepada mangsa-mangsa pembunuhan.


Read More...

PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

Sukarelawan HAP sedang membantu pengurusan mayat

Presiden HAP Chu Ya sedang membantu keluarga si mati

Begitu gigih sukarelawan HAP membantu pengurusan mayat

Kumpulan muslimat HAP turun padang jumpa keluarga si mati

Ibu yang kena tembak

Anak yang kena tembak


NARATHIWAT - Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah. Ibu tersebut bernama Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand, di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.


Tenaga kerja Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), telah mengunjungi jenzah para suhadaa’ tersebut serta melaksanakan pengkebumian sebagai orang mati syahid. Terlalu banyak orang-orang kampung yang tidak berdosa telah dibunuh dan diuggut oleh pehak tentera supaya tidak keluar bekerja di ladang getah. Mereka terpaksa keluar bekerja untuk mendapatkan rezeki untuk hidup.


Read More...

Selasa, 2010 Februari 16

LAWATAN KE MAAHAD IRSYAD LIL BANAT YALA


Asti Toba (Aktivis Landas) sedang memberikan ceramah motivasi spelajar Maad Lil Banat, sempena sambutan Maulidur Rasul pada 14 Februari 2010



Sebelah kanan Asti Toba (Aktivis Landas) dan sebelah kiri Hajah Wan Fatimah Haji Madiah (guru Maahad Lil Banat), johan tilawah al-Quran (perempuan) peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 2009.


Sebelah kiri Ustaz Haji Ibrahim Harun (guru Maahad Lil Banat) juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 1993 dan sebelah kanan Ustaz Solleh Wanding Timbalan Mudir Maahd Irsyad Lil Banat Yala


Read More...

معهد ارشاد للبنات

ASTI TOBA UUM (AKTIVIS LANDAS)


Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


YALA – Semasa saya mengunjungi Maahad Irsyad Lil Banat Yala bersama aktivis LANDAS tanggal 14 Februari 2010, saya telah diberitahu oleh Timbalan Mudir Ustaz Solleh Wanding, dalam beberapa tahun yang lalu ada rombongan ahli politik dari Perak berjawatan YB. Ketika itu semasa pemerintahan Pak Lah, kerajaan malaysia belum lagi mempopularkan cogankata CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Semasa lawatan tersebut pihak sekolah telahpun menggunakan cogankata mereka sendiri dan dipamerkan di Bangunan Sekolah “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


Semasa rombongan tersebut melawat Maahad, pihak sekolah telah 5 tahun menggunakan cogankata tersebut. Rombongan dari malaysia ada menyebut yang mereka tertarik dengan cogankata tersebut. Selepas mereka pulang ke Malaysia, Pak Lah mempopularkan cogankata “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”.


Saya juga tertarik dengan cogankata tersebut dan pihak LANDAS akan mempopularkan sepenuhnya cogankata tersebut tanpa pengubahsuaiannya. Kerana disiplin mereka tinggi lantaran mereka berjaya bagunkan sebuah sekolah rakyat, gaji guru yang rendah, maka mereka sanggup berkorban sehingga nama sekolah mereka terjulang. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Maahad terdiri daripada bekas pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke keluar negara.


Akhlak pelajar dan guru masih dapat dipertahankan, maka sekolah dapat meneruskan visi dan misi Maahad untuk melatih pelajar, dalam masa yang sama guru menjadi ikutan contoh yang terbaik melaksanakan ibadah yang sangat terbilang. Akhirnya kecemerlangan pelajar dapat kembali menjadi tenga guru untuk membantu Maahad, walaupun gaji mereka tidak seberapa berbanding dengan guru-guru yang mengajar di sekolah kerajaan siam.


Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan seorang Ustaz Maahad Lil Banat yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran (lelaki) peringkat antarabangsa di malaysia pada tahun 1993 dan juga sempat berbual dengan Ustazah Fatimah yang mengajar di Maahad tersebut dan juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran (perempuan) peringakat antarabangsa di malaysia tahun 2009.


Sepatutnya pelawat-pelawat yang mengunjungi Maahad ini mengambil ‘ibrah untuk dibawa balik bertujuan membina kekuatan kita sebagai murabbi dan menjadikan sekolah kita di malaysia “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”. Aktivis LANDAS akan sering mengunjungi Maahad tersebut dan menawarkan sukarelawan UNGGAS @ LANDAS di kalangan pelajar universiti untuk membuat praktikal membantu mengajar bahasa melayu.


Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


Read More...

Program di Pusat Pendidikan Wilayah Selatan di Yala

Bersemangat walaupun mereka kehilangan suami dibunuh
atau ditangkap atau dihilangkan oleh pihak tentera. Kesedihan
terubat apabila bersama rakan-rakan lain yang senasib dengan
mereka .. sabar dan banyak berdoa supaya datang pertolongan
Allah akan musibah yang menimpa ini


Read More...

Artikel

YALA - Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace) telah menganjurkan “Seminar Pengupayaan Kaum Ibu: Mangsa musibah ketidakadilan Bagi Kedamaian Selatan Thailand”. Program berlansung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 februari bertempat di Education Center of South Thailand.


Objektif program ini adalah memberi ‘empowerment’ kepada kaum ibu yang menjadi mangsa ketidakadilan. Deep Peace berjaya mengumpul seramai 50 orang kaum ibu mewakili 4 wilayah yakni Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Kejayaan Deep Peace mengumpulkan peserta seramai ini adalah hasil daripada usaha mereka sebelum ini dengan turun ke setiap wilayah untuk menziarahi setiap mangsa di rumah mereka. Daripada itu, AJK Deep Peace memberi kesedaran akan kepentingan kaum ibu ini memahami hak mereka sebagai rakyat Thailand dan bagaimana cara berhadapan dengan masalah.


Program ini adalah siri kedua selepas berjaya menganjurkannya pada ogos tahun lepas di Pattani. Menurut pengerusi Deep Peace Saudari Huda Long Dewa, program ini sangat membantu kaum ibu untuk lebih berani dan tahu hak-hak mereka dari segi undang-undang. Lawatan yang dilakukan oleh Deep Peace selepas program siri pertama ke rumah mangsa mendapati, kaum ibu ini sudah tidak khuatir dengan kehadiran pihak tentera yang cuba mengugut mereka.


Selain itu, kejayaan Deep Peace juga adalah menjadi ‘Educator’ kepada kaum ibu dari sudut ekonomi mereka. Pada siri yang lepas, kaum ibu yang menyertai program Deep Peace mampu menjana ekonomi mereka dengan cara menghasilkan kerepek pisang dan di pasarkan di beberapa wilayah terdekat.


Jelas disini bahawa golongan pemudi seperti AJK Deep Peace begitu konsisiten untuk membantu kaum ibu (wanita) dari aspek sosial dan ekonomi. Deep Peace juga telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain seperti Persatuan Mahasiswa Sempadan Selatan Thai (SFST), Intelect Southern Thailand (INSOUTH), dan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP). Semoga gerakan ini akan terus komited dengan tugas mereka dan masyarakat di Malaysia boleh mengubah paradigma mengenai konflik di Wilayah Pattani.


Ibu-ibu yang menjadi mangsa konflik pergolakan di Selatan Thailand menluahkan isi hati mereka dan pengalaman pahit yang mereka lalui selama ini. Ada suami dan anak mati dibedil (tembak), anak perempuan dirogol dan dibunuh, suami diambil tentera semasa Solat Maghrib, hampir satu tahun tidak dapat maklumat suami hidup atau mati, pihak tentera pula mengatakan mereka tak tahu kemana suaminya berada dan tentera mengatakan tidak ada dalam tahanan mereka, ramai suami mereka ditahan pihak tentera bertahun-tahun lamanya, isteri-isteri sentiasa diugut, diganggu semasa mereka keluar kerja menoreh getah, macam-macam ugutan dan gangguan-gangguan oleh pehak tentera.


Semasa maklumat ini sedang saya tulis telah berlaku pembunuhan dua beranak sedang menoreh getah disebuah kampung di Narathiwat. Perempuan tersebut berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 25 tahun, mereka berdua ditembak jam 7.00 pagi waktu Thai, pada 15.03. Tahun 2009, suaminya mati, telah dibedil (tembak) oleh sekumpulan bersenjata M16. Manakala jam 5.00 petang waktu Thailand oleh lelaki telah ditembak mati dalam kampung yang sama.

Read More...

Isnin, 2010 Februari 15

Program Ibu/Isteri Mangsa Pembunuhan di Selatan Thai


Gambar kenang-kenagan Puan Amani Toiyib bersama suaminya Azmi Abdul Rahman sebelum ditangkap pada 10/03/2009 semasa Solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau, Narathiwat



Puan Amani Toyib (30 tahun) sedang menceritakan penderitaan yang dihadapinya di Pejabat South Women Network for Peace (Deep Peace). Pada 10/03/2009, semasa solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau Narathiwat, suaminya bernama Azmi Abdul Rahman (36 tahun), telah ditangkap oleh 4 orang anggota tentera. Sehingga hari ini beliau tidak ada sebarang maklumat tentang suaminya, entah hidup atau mati, pihak tentera mengatakan suaminya tidak ada dalam tahanan tentera, walaupun pihak tentera yang menangkapnya, beliau masih teringat macamna kehilangan seorang peguam muslim, Somchai (Abu Bakar), sehingga hari ini masih tidak mendapat apa-apa maklumat kehilangannya ketikas pihak polis menggambilnya. Suaminya bertugas sebagai ketua kampung dan sebelum suaminya diambil oleh pihak tentera, macam-macam ugutan pernah dilakukan. Puan Amani terpaksa mencari nafqah sendiri untuk menyara hidup dua anaknya bernama Hafizah (7 tahun) dan Hafizi (5 tahun). Apa yang berlaku terhadap keluarga Amani ini, sama juga berlaku terhadap lain-lain keluarga melayu Islam. Pihak tentera tangkap dan lepas itu tidak mengaku pula.


Read More...

Sabtu, 2010 Februari 13

Ziarah Da'wah

Bersama juruteknik bertugas Nibung Yala FM 107.50
semasa saya keudara secara Live selama 1 jam



Berada di pejabat Young Muslim Association Of Thailand (YMAT) bersama Saudara Rosidee Pengurus Projek Youth and PHA friendly sevice YPFS, Cikgu Nasir, Zakaria (Ketua HAP) dan Ismail (AJK HAP)



Bicara Ilmu dan fokus isu-isu semasa secara live selama satu jam di Nibung Radio FM 107.50, bersama Ustaz Kamaruddin Kassim, Koodinator UNGGAS & LANDAS. Kedai Lama, Yala, Thailand pada 12 Februari 2010.




Program anjuran Deep Peace selama 4 hari untuk ibu-ibu yang kehilangan suami dan anak-anak di Education Center Of Yala For Empower Women at South Thailand

No comments:

Post a Comment